o Sesi kaunseling indivdu
o Sesi kaunseling kelompok
o Bimbingan kelompok
o Kem kaunseling
o Lawatan kerjaya
o Pameran
o Pertandingan
o Ceramah
o Kursus
o Kolokium
o Pembimbing Rakan Sebaya
o Kelab BDK
o SLAD
o PROSTAR
Dan lain-lain.
CARA MENGHUBUNGI KAUNSELOR

· Datang sendiri/ buat temujanji
· Rujukan guru/ staff
· Dijemput
· Atas arahan
BILA ..
Mulai 7.30 pagi - 6.30 petang
Sabtu : 8.00 pg – 12.00 t/hari
KAUNSELOR ANDA
EN. ROSLI BIN SAIDI
Sarjana Muda Pendidikan
(Bimbingan & Kaunseling)
Universiti Putra Malaysia
PN.HJH. AIDAHANI BINTI MOHD.JAIS
Sarjana Muda Sastera
(Psikologi & Komunikasi )
Universiti Kebangsaan Malaysia
PN. HASNAH @ SARA BINTI HASSAN
Sarjana Muda Sastera
(Psikologi & Komunikasi)
Universiti Kebangsaan Malaysia
PN.WAN MAHERA BT WAN TALIB
Sarjana Muda Pendidikan
(Bimbingan & Kaunseling)
Universiti Putra Malaysia
Tajuk: RAHSIA KECEMERLANGAN MINDA
Para pakar otak dan pembelajaran kini mengakui bahawa otak kita berfungsi dari dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Untuk belajar dengan cemerlang, kita haruslah menggunakan kedua-dua bahagian otak kita. Kerjasama antara otak kiri dan otak kanan disebut sebagai TOTAL LEARNING. Inilah rahsia minda seseorang pelajar yang cemerlang.
Teknik menggerakkan otak kiri dan otak kanan serentak. Pelajar dinasihatkan untuk mengamalkan teknik-teknik ini pada setiap masa sebelum mentelaah pelajaran. Teknik-teknik berkesan ini mengambil masa selama lebih kurang 15 minit sahaja.
Teknik 1:
- Otak kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.
- Anda hendaklah menggerakkan kedua-dua bahagian badan anda.
- Ini akan menggerakkan 'enjin' otak anda!
Teknik 2:
- Baring atas katil atau lantai.
- Tenangkan diri.
- 'Stretch' seluruh badan anda serentak, iaitu seolah-olah anda sedang berkembang ke semua arah.
- Apabila berasakan diri anda cukup 'tegang', lepaskan tekanan itu sambil berkata 'aah!' Lakukan sebanyak 3 kali. Teknik ini akan memberikan tenaga pada keseluruhan badan anda dan menyegarkan minda anda. Ini akan membolehkan anda mula mentelaah pelajaran dengan lebih selesa dan mudah memahami segala ilmu yang diterima.
Teknik 3:
- Pejamkan mata perlahan-lahan.
- Tumpukan perhatian anda pada bahagian tengah bulu anda.
- Bayangkan ada sebatang lilin di dalam kepala anda.
- Bayangkan yang lilin ini bercahaya dan menyinari segala kegelapan dalam otak anda.
- Lakukan amalan ini selama 3 minit.
- Teknik ini akan membantu menyatukan kedua-dua bahagian otak anda. Otak kanan dan otak kiri bertemu di bahagian tengah kepala iaitu di bahagian antara kedua bulu kening anda.
Teknik 4:
Baca saranan-saranan ini dan ucapkannya sebelum anda memulakan apa-apa pembelajaran. Ini akan memudahkan anda menghadapi kesulitan-kesulitan dalam sebarang topik yang sedang dipelajari. Sila pilih saranan yang anda rasakan paling sesuai dengan perasaan anda. Baca dalam hati beberapa kali.
Contoh:
"AKU BIJAK, AKU PANDAI. AKU BOLEH INGAT APA SAHAJA YANG AKU BELAJAR."
"SUBJEK INI MUDAH. AKU SUKA SUBJEK INI. AKU PASTI BERJAYA DALAM SUBJEK INI."
"MATEMATIK SANGAT MENYERONOKKAN. AKU CINTAKAN MATEMATIK. AKU BOLEH SELESAIKAN SEMUA MASALAHNYA."
BAHASA INGGERIS SANGAT PENTING. AKU BOLEH MENDAPAT BANYAK FAEDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS. BAHASA INGGERIS MUDAH. AKU BOLEH FAHAMINYA.
Baca saranan pilihan anda sehingga sebati dengan jiwa anda. Bacalah beberapa kali sebelum memulakan pembelajaran. Anda boleh reka saranan sendiri mengikut subjek-subjek yang susah.
Saranan-saranan ini akan membantu keyakinan anda dalam keupayaan anda berjaya dalam peperiksaan. Minda seseorang pelajar yang cemerlang mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri. Kebolehan anda selama ini terpendam, Sekaranglah masanya. Bangunkan kebolehan anda. Yakin Boleh!!!
DARI : ROSLI
BERITA-BERITA TENTANG KAUNSELOR.....
Akta Kaunselor 1998 halang khidmat kaunseling tanpa perakuan
LEBIH 6,000 kaunselor di sekolah seluruh negara berdepan risiko dikenakan tindakan undang-undang jika mereka masih tidak berdaftar sebagai kaunselor bertauliah mengikut Akta Kaunselor 1998, apabila penguatkuasaan berhubung perkara itu dilaksanakan.
Presiden Lembaga Kaunselor Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Mohd Mansor Abdullah, berkata prosedur penguatkuasaan akta itu sudah siap dan hanya menunggu kelulusan Parlimen untuk dilaksanakan.
Beliau berkata, peruntukan dalam Seksyen 22 serta Seksyen 24(1) Akta Kaunselor 1998 melarang keras individu menjalankan tugas kaunselor jika tidak berdaftar dengan Lembaga Kaunselor serta mendapat Perakuan Amalan yang membolehkannya mengamal perkhidmatan kaunseling.
Jika disabitkan gagal mematuhi peruntukan berkenaan, katanya, kaunselor terbabit boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Tambahan pula, beliau menjelaskan tidak mempunyai status kaunselor bertauliah akan mengakibatkan saranan perkhidmatan kaunseling yang diberikan tidak diterima pakai jika kes pelajar terbabit dirujuk ke mahkamah.
“Lembaga Kaunselor sudah menganjurkan banyak ‘roadshow’ untuk pengamal kaunseling di seluruh negara, termasuk kaunselor di sekolah bagi mengingatkan mereka mengenai perkara ini. Bagaimanapun, setakat ini hanya kira-kira 800 kaunselor sekolah mendaftar sebagai kaunselor bertauliah.
“Kaunselor sekolah adalah tunjang kekuatan perkhidmatan kaunseling di negara ini kerana majoriti mereka terlatih dalam bidang perguruan.
“Justeru, kami ingin meminta kerjasama Kementerian Pelajaran memastikan semua kaunselor di sekolah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas isu kaunselor mengikut Akta Kaunselor 1998 dibangkitkan dalam kertas kerja Kaunselor Profesional yang dibentangkannya pada Seminar Kaunseling Kebangsaan ke-8 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mohd Mansor berkata, kegagalan mendaftar sebagai kaunselor bertauliah turut menjejas profesionalisme kaunselor di sekolah kerana mereka hanya dinamakan sebagai Guru Bimbingan dan Kerjaya, sedangkan selayaknya jawatan mereka dikenali sebagai Kaunselor Sekolah.
“Ramai individu yang pandai bercakap dan petah bersuara berani tampil mengaku kaunselor atau pakar motivasi dan menjalankan khidmat kaunseling sedangkan mereka tidak pernah terlatih atau mendapat latihan formal dalam bidang berkenaan.
“Sedangkan setahu kita guru bimbingan dan kerjaya itu memang melakukan kerja kaunseling dan perkhidmatan perguruan memang sah mempunyai kaunselor terlatih paling ramai di negara ini. Bukankah ini suatu pembaziran dalam pembangunan modal insan di negara kita,” katanya.
Beliau turut mencadangkan pengurusan sekolah supaya membenarkan kaunselor menjalankan perkhidmatan kaunseling sepenuh masa dan tidak dibebani tugas mengajar yang bukan berkaitan bidangnya.
Selain itu, Kementerian Pelajaran juga diminta mempertimbangkan mewujudkan elaun khas dan peluang kenaikan pangkat kepada kaunselor di sekolah supaya mengurangkan jumlah mereka yang berpindah ke sektor lain.
“Tugas kaunselor sepenuh masa dapat memberi kesan besar dalam mengurangkan kes disiplin pelajar. Namun, kaunselor di sekolah terperangkap antara beban besar dan peluang kenaikan pangkat,” katanya.
Sumber : Rosniza Mohd Taha - Berita Harian, 06 Disember 2007
1 comment:
best2..
bukan budak sekolah je boleh buat..
budak u pun boleh..
hehe...
Post a Comment